• Breaking News

    Anwar Ibrahim Disambut Meriah di Ranah Minang

    Padang (sumbarkini.com) - Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta dengan rombongan selamat tiba di Padang kira-kira sekitar jam 16.38 dengan pesawat khusus yang terbang langsung dari Malaysia.

    Menurut Ketua Perwakilan Gubernur dan Universitas Negeri Padang Sumatera Barat di Malaysia, Professor Dato' Sri Dr. Alex Ong, Rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini telah hadirkan tokoh sasterawan negara yakni Professor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh , Professor Anwar Ridwan dan presiden persatuan penulis nasional Malaysia (PENA) iaitu Dr. Muhammad Saleeh Rahamad serta Beberapa anggota parlimen yakni Senator Yusmadi Yusoff.

    Kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sambut oleh Gubernur dan Wakil Gubernur Sumatera Barat serta Walikota Padang dan teman peribadi beliau iaitu Bapak Fahmi Idris yang merupakan mantan Menteri Perindustrian Republik Indonesia dan Bapak Rahmat, dimulakan dengan pemasangan kain sarung bugis dan beliau juga sempat transit sebentar serta merasakan keenakkan hidangan juadah menu makanan ringan yang disiapkan yakni seperti satey padang.

    Pada waktu malam Gubernur Sumatera Barat telah meraikan bapak reformasi Malaysia dengan beberapa tarian budaya minang seperti tari piring.

    Gubernur sempat memuji anwar ibrahim dalam ucapan yang disampaikan dengan cara berpantu dan pantun bapak gubernur juga telah memberi gambaran yang jelas bahawa bumi minangkabau ini adalah bumi kebudayaan melayu dan beliau mengakui bahawa sebahagian pendukung Bapak Anwar Ibrahim di Malaysia adalah berasal dari ranah minang.

    Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya juga berterima kasih banyak kepada Gubernur serta Pemerintah Sumatera Barat diatas sambutan meriah yang disediakan dan beliau berharap hubungan antara Malaysia dan Sumatera Barat akan terus dikukuhkan lagi sekaligus meningkatkan hubungan budaya dan ekonomi dua hala.

    Sambil menjamah hidangan menu makanan lokal seperti rendang beliau juga sempat bersilaturahim bersama para tokoh sasterawan sumatera barat yang hadir dalam acara tersebut.

    Selesai sesi berfoto kenangan di aula gubenuran, datuk seri anwar ibrahim dan rombongan berangkat pulang ke hotel. Turut serta dalam mendampingi rombongan adalah mitra UNP iaitu Malindo MBCC Asia. (alex)

    Tidak ada komentar

    Masukan dan informasinya sangat penting bagi pengembangan situs kita ini...

    Pendidikan

    5/pendidikan/feat2